LEWANDOWSKI ketika sesi latihan Poland di  Warsaw. FOTO Reuters
LEWANDOWSKI ketika sesi latihan Poland di Warsaw. FOTO Reuters
AFP

Barcelona: Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski menerima berita buruk apabila digantung tiga perlawanan dalam aksi La Liga selepas didapati tidak 'menghormati pengadil'.

Hukuman berkuat kuasa sebaik saingan bola sepak tempatan bermula selepas tamat Piala Dunia.

Penyerang Poland itu dibuang padang selepas mendapat dua kad kuning ketika menentang Osasuna pada 8 November dan dia menyentuh hidungnya sebelum keluar padang yang dianggap tidak menghormati pengadil, Jesus Gil Manzano.

Selain digantung automatik satu perlawanan, tambahan dua lagi aksi dikenakan ke atas penyerang itu susulan tingkah laku tidak menghormati pegawai perlawanan, menurut FA Sepanyol semalam.

Lewandowski penjaring terbanyak liga dengan 13 gol bakal terlepas aksi derby menentang Espanyol, Atletico Madrid dan Getafe.

"Memang kelakar kerana isyarat saya tunjukkan untuk Xavi bukan pengadil," kata Lewandowski.

"Ia salah saya. Saya dapat dua kad kuning tetapi isyarat tangan di hidung untuk Xavi."

Barcelona berkata, mereka akan membuat rayuan ke atas hukuman dikenakan ke atas Lewandowski.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2022 @ 2:23 PM