LUKA Modric meraikan gol kemenangan pasukannya. FOTO Agensi
LUKA Modric meraikan gol kemenangan pasukannya. FOTO Agensi
Reuters

Madrid: Kehadiran 'supersub' dari bangku simpanan, Luka Modric memastikan Real Madrid merakam kemenangan 1-0 ke atas Sevilla dalam aksi LaLiga, awal pagi tadi.

Kejayaan mengutip tiga mata maksimum itu membolehkan Real kekal di puncak liga di depan pencabar terdekat, Barcelona yang turut menang 4-0 menumbangkan Getafe.

Kedua-dua seteru kuat itu dibezakan dengan lapan mata.

Dalam aksi itu, Real mendominasi perlawanan sejak mula termasuk berjaya meraih gol menerusi jaringan Lucas Vazquez namun ia dibatalkan VAR kerana ofsaid.

Modrid yang masuk sebagai pemain gantian tampil memisahkan kedua-dua pasukan apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit 81.

"Ia memerlukan latihan setiap hari. Anda dapat lihat saya berlatih melakukan sepakan ke arah gol beberapa jam setiap hari. Dalam bola sepak, anda perlu melakukan percubaan, hari ini ia menerpa gawang.

"Kegigihan adalah kekuatan kami, kami tidak pernah berhenti, kami mencipta peluang dan memburunya sehingga ke penghujung.

"Kami tidak boleh kehilangan mata hari ini kerana Barcelona begitu rapat. Kesungguhan kami membuahkan hasil. Tiga mata ini cukup penting dalam liga," kata Modric.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2024 @ 10:11 AM