Katia (kanan) anggap adiknya, Ronaldo lebih berjaya berbanding van Dijk (kiri) yang ditemani isterinya, Rike Nooitgedagt. FOTO REUTERS/Instagram
Katia (kanan) anggap adiknya, Ronaldo lebih berjaya berbanding van Dijk (kiri) yang ditemani isterinya, Rike Nooitgedagt. FOTO REUTERS/Instagram
Agensi

KAKAK kepada superstar Juventus, Cristiano Ronaldo benar-benar berang dengan Virgil van Dijk selepas pemain pertahanan Liverpool itu mentertawakan pemain Portugal itu kerana dia bukan calon sebenar untuk Anugerah Ballon d'Or.

Van Dijk yang berada di tempat kedua - berada satu tempat dan 203 undian di depan Ronaldo pada majlis berprestij itu di Paris, malam tadi dengan Lionel Messi meraih gelaran keenam kariernya.

Van Dijk dan Messi yang menghadiri majlis itu di Paris tetapi penyerang Juventus itu yang memenangi Ballon d'Or sebanyak lima kali, memilih untuk menjauhkan diri sebaliknya menghadiri anugerah Serie A di Milan.

Ditanya mengenai ketiadaan Ronaldo, pemain Belanda itu membalas sambil berjenaka: “Mengapa? Adakah dia calon?

Soalan itu menimbulkan reaksi kemarahan kepada kakak Ronaldo, Katia Aveiro.

Selepas gagal melihat sisi lucu ditimbulkan oleh van Dijk, dia mempersoalkan pencapaian Van Dijk di Instagram.

Malah dia turut menceritakan kejayaan diraih adiknya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Real Madrid dan Eropah.

“Saya rasa ada orang yang benar-benar hidup dalam kekecewaan!!! Tidak realistik dengan kerendahan hati seperti itu!' tulisnya bersama keterangan foto Ronaldo menjaringkan gol menerusi sepakan menarik untuk Real ketika menentang Juventus.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 7:50 PM