John McGinn (tengah) di halangan pemain Russia pada aksi kumpulan I kelayakan Euro 2020 semalam. FOTO AFP
John McGinn (tengah) di halangan pemain Russia pada aksi kumpulan I kelayakan Euro 2020 semalam. FOTO AFP
Agensi

PEMAIN tengah Scotland, John McGinn berkata, pasukannya harus segera bangkit dan menewaskan Belgium di Hampden pada awal pagi Selasa, selepas terlepas peluang mencatat kemenangan ketika menentang Russia, semalam.

Pemain Aston Villa itu menjaringkan gol pembukaan namun Russia bangkit untuk merekodkan kekalahan ketiga Scotland dalam lima perlawanan kumpulan I pada aksi kelayakan Euro 2020.

Belgium berada di kedudukan ranking nombor satu FIFA dan pendahulu kumpulan itu selepas mencatat lima kemenangan berturut-turut.

“Kami perlu menang, ia adalah jelas,” kata McGinn, 24.

“Ia adalah ujian yang besar. Kami tahu ia adalah perlawanan yang sukar dan ia menjadikan perlawanan ini amat penting sekarang. Perlawanan menentang Russia adalah perlawanan perlu menang dan kami tidak melakukannya, jadi kami perlu cari jalan untuk melakukannya.

“Kami hanya mahu berada dalam kejohanan yang kami inginkan dan tidak kisahlah bagaimana kami melakukannya. Kami perlu bangkit dan perlu melakukannya segera.

“Kami perlu hormat pada Belgium tetapi pada masa sama kami perlu lebih percaya pada diri sendiri atau kami tidak akan dapat beraksi pada kejohanan itu. Kami mempunyai skuad berbakat dan terpulang kepada kami untuk mula menunjukkannya.”

McGinn menjaringkan gol pertama antarabangsa selepas 10 minit permainan di Hampden semalam, namun kegembiraan tidak bertahan lama apabila Russia merapatkan kedudukan jaringan menerusi Artem Dzyuba dan gol sendiri Stephen O'Donnell.

“Saya fikir ia akan menjadi malam istimewa buat saya,” katanya. “Jelas sekali saya begitu gembira selepas berjaya meledak jaringan, tetapi selepas itu prestasi kami seperti menurun sehingga memberi ruang buat Russia mengatasi kami. Ia bukan diri kami.

“Kami membuktikan kami adalah pasukan yang bagus pada 15 minit pertama, tetapi ia tidak membawa apa-apa makna bagi kamu dan memberi peluang kepada pasukan seperti Russia beraksi dengan kekuatan mereka. Pada tahap ini kamu akan dihukum kerana itu.

“Mungkin kami kurang keyakinan - ia tidak boleh diterima. Kami harus percaya kami boleh pergi dan melakukan 2-0 dan 3-0. Kami tahu kami mampu dan ia perkara yang mengecewakan.

“Semua pemain sangat kesal dan kami tahu kami melakukan kesilapan besar. Ia cukup tidak menggembirakan kami.

“Kami harus cuba dan merapatkan hubungan satu pasukan dan melakukan terbaik buat negara. Kami harus mencuba dan menggunakan bagaimana kami bermain dalam 25 minit pertama dan mempamerkan aksi sama pada Selasa.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 12:00 AM