HARRY KANE (kiri) akan berdepan pertahanan Liverpool, ROBERTSON menjelang aksi Euro 2020. FOTO AFP
HARRY KANE (kiri) akan berdepan pertahanan Liverpool, ROBERTSON menjelang aksi Euro 2020. FOTO AFP
AFP

London: Scotland kembali ke kejohanan utama mungkin dengan permulaan yang perlahan namun kunjungan ke Wembley untuk berdepan England menawarkan peluang buat anak buah Steve Clarke mencipta sejarah agar ia boleh dijadikan bahan bacaan buat generasi akan datang.

Kekalahan 0-2 kepada Republik Czech di Hampden menyaksikan Scotland secara realistik perlu elak daripada tumpas di tangan Three Lions bagi membolehkan mereka mempunyai harapan layak ke pusingan kalah mati buat kali pertama.

Di atas kerta memang wujud jurang di antara pasukan bimbingan Clarke dengan lawan mereka yang menduduki tangga keempat dunia dan mempunyai cita-cita besar menguasai saingan Eropah buat kali pertama.

Bagaimanapun, tidak ada perkara yang lebih menggembirakan buat Scotland selain menumpaskan musuh tradisi mereka.

Scotland masih lagi mengingati kejayaan 1967 dan 1977 di atas kejayaan yang dilakar di Wembley di Kejohanan British Home.

"Media England mengharap anda mempercayai bahawa jurang antara kami dengan mereka adalah jauh. Jadi ia terletak di atas kami Sabtu ini untuk membuktikannya salah," kata pemain tengah Aston Villa, John McGinn.

McGinn adalah salah seorang pemain dari Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berada dalam skuad Clarke berjaya membantu Scotland kembali ke pertandingan antarabangsa

Andy Robertson berjaya memenangi Liga Juara-Juara dan EPL di Liverpool, Scott McTominay pula sentiasa berada dalam kesebelasan utama Manchester United dan mereka berharap tonggak Arsenal, Kieran Tierney mampu kembali cergas selepas mengalami kecederaan.

"Kami mempunyai populasi lima juta orang, mereka mempunyai 55 juta. Mereka mempunyai bintang berkelas dunia melalui kelab negara mereka, jadi kami akan diletakkan sebagai bukan pilihan tapi kami juga mempunyai bintang kecil dalam kalangan kami," kata McGinn.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 12:36 PM