BATSHUAYI (dua dari kiri) jaring dua gol ketika menentang Scotland. -Foto AFP
BATSHUAYI (dua dari kiri) jaring dua gol ketika menentang Scotland. -Foto AFP
AFP

GLASGOW: Belgium memanfaatkan beberapa kesilapan yang dilakukan Scotland untuk meraih kemenangan 4-0  menerusi gol sumbangan Romelu Lukaku, Eden Hazard serta dua jaringan Michy Batshuayi pada perlawanan persahabatan di Hampden, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Roberto Martinez yang muncul pemenang tempat ketiga pada Piala Dunia Russia mempamerkan kehebatan mereka menjelang aksi pembukaan saingan Piala Negara-Negara berdepan Iceland, Selasa ini.

Dalam aksi pagi tadi, tuan rumah Soctland kerap melakukan kesilapan sekali gus melakar kekalahan keempat dalam lima perlawanan sejak Alex McLeish dilantik selaku jurulatih.  

“Kami sangat tajam di depan gawang gol. Setiap pemain memberikan fokus sepenuhnya dan bagi kami ia adalah sesi pemanas badan yang baik,” kata Martinez.

HAZARD (tengah) dikawal tiga pemain pertahanan West Ham dalam perlawanan antara Chelsea menentang West Ham di Stadium London, malam ini. Foto AFP
HAZARD (tengah) dikawal tiga pemain pertahanan West Ham dalam perlawanan antara Chelsea menentang West Ham di Stadium London, malam ini. Foto AFP

Martinez meletakkan barisan terkuat termasuk enam pemain yang beraksi dalam kesebelasan utama ketika mereka tewas kepada Perancis pada aksi separuh akhir Piala Dunia.

Lukaku memulakan pesta gol Belgium pada minit ke-28, selepas bergandingan bersama Mousa Dembele dan Thorgan Hazard sekali gus mencetak koleksi gol ke-41 di pentas antarabangsa. 

Eden Hazard menambah gol kedua pada awal babak kedua, tetapi McLeish pasti kecewa melihat penjaga gol, Craig Gordon tewas kali kedua di gawangnya. 

Batshuayi kemudian mengesahkan kemenangan Belgium apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-52 dan ke-60, selepas bijak melepasi halangan Charlie Mulgrew dan Ryan Jack. 

LUKAKU melakukan percubaan ke gawang Scotland. -Foto AFP
LUKAKU melakukan percubaan ke gawang Scotland. -Foto AFP

“Pemain kerap melakukan kesilapan. Ia satu pengajaran perguna untuk kami terutama kepada barisan pemain muda.

“Bagaimanapun mereka tidak perlu untuk berasa terlalu kecewa kerana kami tewas kepada pasukan yang kuat,” kata MacLeish.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 September 2018 @ 7:49 AM