Gopi mahu bantu Melaka ke suku akhir Piala Malaysia. FOTO NSTP
Gopi mahu bantu Melaka ke suku akhir Piala Malaysia. FOTO NSTP
Nazri Abu Bakar


PEMAIN sayap PDRM, R Gopinathan atau Gopi berazam membantu pasukannya mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas saingan kumpulan D kembali terbuka.

Baginya, lima mata dikumpulkan The Cops hanya berbeza satu mata dengan Melaka United (MU) dan Selangor menyaksikan semua pasukan termasuk FELDA United (empat mata) berpeluang memburu dua slot ke peringkat lapan terakhir.

Dua baki pertemuan berdepan FELDA United dan Melaka harus memihak kepada PDRM jika mahu hasrat itu dicapai.

“Apapun saya hanya boleh menyumbang kudrat berdepan The Fighters namun bertemu skuad Hang Tuah saya tidak boleh beraksi disebabkan status pinjaman yang saya miliki sekarang.

“Justeru, saya akan memberi persembahan melebihi 100 peratus ketika bertemu lawan di Jengka pada 14 September depan.

Perhitungan menentang Melaka diserahkan kepada keupayaan rakan sepasukan untuk mengejutkan skuad itu pada aksi di Stadium Hang Jebat,” katanya.

Menurutnya, bukan mudah bertemu FELDA United kini memperolehi rentak cemerlang mereka selepas meraih kemenangan pertama menewaskan Melaka 3-1 di Paya Rumput, minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 5:34 PM