Murray tidak beraksi pada Terbuka Amerika Syarikat. FOTO REUTERS
Murray tidak beraksi pada Terbuka Amerika Syarikat. FOTO REUTERS
AFP

ANDY Murray menarik diri daripada menyertai kejohanan Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat pada penghujung bulan ini.

Dia dijadualkan beraksi acara beregu pada kejohanan itu untuk mendapatkan lebih banyak perlawanan perseorangan, kata bekas pemain nombor satu dunia itu, hari ini.

Pemain Scotland berusia 32 tahun itu tewas straight set kepada musuh lamanya, Richard Gasquet, awal minggu ini di Cincinnati, Ohio.

Ia adalah perlawanan kompetitif pertama acara perseorangan selepas menjalani pembedahan yang mengubah hidupnya pada Januari lalu.

Juara tiga kali Grand Slam itu banyak beraksi acara beregu.

Dia memenangi gelaran Queen’s bergandingan bersama Feliciano Lopez ketika kembali semula ke sirkit itu pada Jun lalu.

Dia bagaimanapun mengambil keputusan ‘terlepas’ beraksi pada Terbuka AS yang akan bermula pada 26 Ogos.

“Saya tidak akan beraksi bermain acara beregu pada terbuka Amerika Syarikat,” kata Murray memberitahu BBC Sport.

“Sasaran saya adalah mendapatkan semula rentak permainan saya dalam acara perseorangan. Saya mengambil keputusan untuk memberi fokus terhadap usaha mengembalikan tenaga semula.

“Pada Terbuka Amerika Syarikat, jika saya menyertai acara beregu dan campuran dalam tempoh beberapa minggu, ia boleh memperlahankan banyak perkara.

“Saya mahukan perlawanan dan itu yang saya perlukan buat masa ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 5:49 PM