Firhan kena berehat tujuh bulan. FOTO NSTP
Firhan kena berehat tujuh bulan. FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran


SKUAD hoki lelaki negara menerima tamparan menjelang siri jelajah Eropah serta play-off kelayakan Sukan Olimpik November depan selepas penyerang utama negara, Firhan Ashari disahkan terpaksa berehat panjang sekurang-kurangnya selama tujuh bulan.

Ia selepas pemain berusia 26 tahun itu menjalani pembedahan lutut kiri minggu lalu sekaligus menyaksikannya tidak akan dapat beraksi untuk play-off kelayakan Sukan Olimpik.

Firhan yang mengalami kecederaan itu semasa berbasikal ketika tempoh rehat baru-baru ini mengakui turut terkejut kerana perlu berehat untuk tempoh yang panjang.

"Pada mulanya saya jangkakan ia tidaklah terlalu lama tetapi apabila doktor sahkan perlu berehat selama tujuh bulan, saya terpaksa menerimanya. "Untuk ketika ini, keutamaan saya adalah proses pemulihan.

Memang agak kecewa kerana tidak dapat membantu rakan sepasukan di kelayakan Sukan Olimpik," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Firhan yang membantu skuad negara memenangi pingat perak pada Sukan Asia Jakarta tahun lalu berkata, kecederaan yang dialami kali ini adalah paling teruk sepanjang kariernya.

"Saya harap dapat melalui proses pemulihan dengan baik dan segera kembali bersama skuad kebangsaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 @ 5:08 PM