Pemain Arsenal menerima antara RM530,000 sehingga RM2.7 juta. FOTO REUTERS
Pemain Arsenal menerima antara RM530,000 sehingga RM2.7 juta. FOTO REUTERS
Agensi/Esme Jo

ARSENAL akan memberi ganjaran sehingga £500,000 (RM2.7 juta) buat pemain jika kelab London utara itu menjulang trofi Liga Europa di Baku, minggu depan.

Skuad Unai Emery akan mendapat bonus tambahan disebabkan klausa disertakan dalam kontrak individu yang dikaitkan dengan kejayaan memenangi gelaran Eropah.

Pemain berhak menerima pembayaran antara £100,000 (RM531,000) hingga £500,000 (RM2.7j) jika mereka menjulang trofi antara benua itu sejak trofi Juara Antara Juara kali terakhir dimenangi Gunners pada 1994 tetapi kini tidak lagi berfungsi.

Kejayaan itu juga akan menyebabkan kelab terpaksa mengeluarkan kos sebanyak £10j (RM53 juta) tetapi ia dianggap harga menyeronokkan yang perlu dibayar kerana kejayaan Eropah memang sudah lama dinantikan.

Menewaskan Chelsea di Azerbaijan, Rabu minggu depan akan melonjak reputasi kelab itu dalam kancah saingan kompetitif dan berbaloi biarpun terpaksa mengeluarkan belanja tinggi membayar bonus pemain.

Emery juga sudah diberi jaminan bajet perpindahan sekitar £40j (RM212j) pada musim panas tetapi memenangi Liga Europa akan memastikan kelayakan ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan malah dijangka meningkatkan jumlah itu lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 5:34 PM