SILVA mahu Everton duduki tangga ketujuh liga.
SILVA mahu Everton duduki tangga ketujuh liga.
Reuters

PENGURUS Everton, Marco Silva menafikan dakwaan kelabnya tidak kosisten menuju penghujung musim ketika mereka memburu tangga ketujuh Liga Perdana dan slot Liga Europa.

Everton menang empat daripada lima aksi terakhir termasuk menewaskan enam pasukan teratas seperti Chelse, Arsenal dan Manchester United tetapi tewas 0-2 kepada kelab yang telah pun tersingkir Fulham menyebabkan mereka jatuh ke tangga sembilan.

"Bagi saya, kalah satu perlawanan di tempat lawan atau tempat sendiri boleh terjadi,” kata Silva menjelang kunjungan ke Crystal Palace, malam esok. “Ini bukan masanya memperkatakan tiada konsistensi dalam pasukan.”

"Ia boleh berlaku walaupun saya mempersiapkan pasukan untuk mencapai kemenangan. Anda mungkin menyangka selepas tiga kemenangan, anda mudah menang di Fulham.

“Saya beritahu anda ia adalah aksi yang sukar. Mereka lebih baik daripada kami. Kami tidak beraksi seperti yang saya mahu. Jika anda lihat enam aksi terakhir, prestasi kami sangat bagus.”

Dengan menduduki tempat ketujuh membolehkan Everton beraksi di pusingan kelayakan Liga Europa jika Manchester City yang telah pun layak ke Liga Juara-Juara menewaskan Watford dalam aksi final Piala FA.

Everton kini dua mata di belakang pasukan di tangga ketujuh, Wolverhampton Wanderers dan satu mata di belakang Watford yang menduduki tangga kelapan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 8:08 AM