ELVIRA beraksi pada pusingan ketiga Kejohanan Maybank di Saujana GCC, hari ini. — FOTO Syarafiq Abd Samad
ELVIRA beraksi pada pusingan ketiga Kejohanan Maybank di Saujana GCC, hari ini. — FOTO Syarafiq Abd Samad
Saiful Affendy Sapran


NACHO Elvira kembali merampas kedudukan pendahulu selepas hari ketiga Kejohanan Maybank di Saujana Golf & Country Club, Shah Alam, hari ini.

Pemain Sepanyol itu yang berkongsi kedudukan pendahulu pada hari pertama dengan Marcus Fraser dari Australia mencatat enam bawah par 66 untuk keseluruhan 13 bawah par 203.

Tujuh birdie yang dilakukannya nyata banyak membantu melonjak ke kedudukan teratas.

Elvira unggul dua pukulan berbanding David Lipsky dari Amerika Syarikat yang melakukan lima bawah par 67 hari ini sekali gus merakam 11 bawah par 205.

Scott Hend (Australia), Jazz Janewattananond (Thailand) dan Maximilian Kieffer (Jerman) berkongsi kedudukan ketiga selepas ketinggalan tiga pukulan berbanding Elvira.

Sementara itu, Nicholas Fung turut cemerlang apabila kekal muncul pemain terbaik negara selepas melakukan tiga bawah par 69 untuk keseluruhan enam bawah par 210.

Dia berkongsi kedudukan di tangga ke-13.

Seorang lagi wakil negara, Gavin Green mencatat tiga bawah par 69 hari ini sekali gus merekod keseluruhan tiga bawah par 213 untuk berkongsi kedudukan ke-30.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mac 2019 @ 4:19 PM