SKUAD bola jaring meraikan kejayaan di Hong Kong.
SKUAD bola jaring meraikan kejayaan di Hong Kong.
Azlan Muhammad Zain

SKUAD bola jaring negara mempamerkan persembahan membanggakan apabila menjuarai Kejohanan Bola Jaring Empat Negara di Hong Kong dengan menewaskan tuan rumah sebentar tadi.

Skuad negara melakar kemenangan 57-44 di pentas final untuk menebus kekecewaan tewas pada peringkat awal kejohanan kepada lawan sama dengan keputusan 31-58 semalam.

Turut menyertai kejohanan di Pusat Sukan Kowloon Park yang bermula 27 Februari lalu adalah Thailand dan Gibraltar.

Skuad negara kendalian Tracey Robinson memulakan aksi menewaskan Gibraltar dengan kemenangan besar 61-27 disusuli menumbangkan Thailand 59-30.

Ia sebahagian persiapan awal skuad negara yang berada di ranking ke-27 dunia untuk mempertahankan emas Sukan SEA di Filipina penghujung tahun nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2019 @ 8:35 PM