FOTO Zulkepli Osman
FOTO Zulkepli Osman
Oleh Saiful Affendy Sapran

SKUAD Projek 2016 membuka tirai saingan hoki Piala Remaja Asia dengan mencatatkan kemenangan 4-0, ke atas China, pada perlawanan pertama Kumpulan A, di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan, petang ini.

Skuad negara bermula cemerlang apabila di depan menerusi pukulan sudut penalti sumbangan Muhd Najmi Farizal Jazlan pada minit ke-14.

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan selepas pakar pukulan sudut penalti negara, Shahril Saabah menambah gol kedua minit ke-21.

Bersambung separuh masa kedua, penyerang negara, Muhd Haziq Samsul menambah gol ketiga menerusi jaringan padang minit ke-43.

Muhd Najmi sekali lagi menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti minit ke-70 sekali gus gol keempat untuk Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 8:55 PM