Malaysian Tigers yang sudah pun mengesahkan tiket secara merit ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India akan beraksi pada penentuan tempat ke-3/4 esok.
Malaysian Tigers yang sudah pun mengesahkan tiket secara merit ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India akan beraksi pada penentuan tempat ke-3/4 esok.
Saiful Affendy Sapran

 

[email protected]

SKUAD hoki lelaki negara gagal mara ke pentas final kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia selepas tewas 1-2 kepada pasukan ranking pertama dunia Argentina pada aksi separuh akhir di London, England hari ini.

Dengan keputusan itu, Malaysian Tigers yang sudah pun mengesahkan tiket secara merit ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India akan beraksi pada penentuan tempat ke-3/4 esok.

Skuad negara yang menduduki ranking ke-14 perlu memenangi perlawanan esok sekiranya mahu beraksi pada Final Liga Hoki Dunia yang juga akan berlangsung di Bhubaneswar, Disember depan kerana berdasarkan format kejohanan, hanya tiga pasukan daripada London yang layak beraksi di saingan itu.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Hoki dan Tennis Lee Valley, Malaysia berpeluang untuk di depan apabila memperoleh dua pukulan sudut penaltiminit ke-5 dan 8, namun kedua-duanya gagal menghasilkan gol.

Lucas Vila akhirnya meletakkan Argentina di depan selepas menampan pukulan sudut penalti Gonzalo Peillat minit ke-13.

Bersambung babak kedua, Argentina menambah gol kedua menerusi jaringan padang Manuel Brunet minit ke-34.

Fitri Saari akhirnya berjaya merapatkan jurang menerusi penalti stroke minit ke-38 selepas Faizal Saari dikasari.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Jun 2017 @ 11:07 PM