PEMAIN THT, Daniel Kyriakides (kanan) mengasak pemain TNB, Tengku Ahmad Tajuddin  di Stadium Hoki Tun Razak, minggu lalu.
PEMAIN THT, Daniel Kyriakides (kanan) mengasak pemain TNB, Tengku Ahmad Tajuddin di Stadium Hoki Tun Razak, minggu lalu.
Malik Muhamad

SELEPAS gagal mempertahankan gelaran juara Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini, Pasukan Hoki Terengganu (THT) dicabar bangkit dalam saingan separuh akhir pertama Piala TNB bertemu Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stadium Hoki Tun Razak, petang esok.

Pengendali THT, I Vikneswaran menyifatkan anak buahnya mampu membuktikan kemampuan sebenar walaupun sekadar menghuni tangga ketiga liga.

"Kami sedar bukan laluan mudah untuk menundukkan lawan yang pernah menewaskan kami dua kali musim ini selain pasukan mereka dibarisi pemain berpengalaman dan muda berbakat besar.

"Namun saya percaya pemain mampu menunjukkan belang sebenar seperti dibuktikan ketika menjuarai Piala Sumbangsih pada Januari lalu tetapi mereka tidak boleh mengambil mudah ancaman TNB walaupun pada aksi terakhir liga kami menang 5-3.

"Saya juga mahu pemain bijak mengawal emosi dalam aksi penting itu sebelum pertemuan kedua pada Khamis ini untuk mengintai peluang mara ke final,” ujar Vikneswaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Februari 2019 @ 1:27 PM