TIGA maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di WCE berhampiran Changkat Jering. FOTO ihsan bomba
TIGA maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di WCE berhampiran Changkat Jering. FOTO ihsan bomba
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Taiping: Tiga maut manakala enam lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 262.5, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Changkat Jering, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, dalam kejadian membabitkan Perodua Bezza dan Honda Civic itu, seorang lelaki dan dua wanita maut manakala seorang wanita dan lima kanak-kanak cedera.

"Pihak bomba menerima panggilan pada jam 11.09 malam dan setibanya di lokasi didapati dua mangsa tersepit.

"Anggota bertindak menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

"Enam lagi mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 12:01 PM