Kapten Republik Czech Borek Dockal. FOTO AFP
Kapten Republik Czech Borek Dockal. FOTO AFP
AFP

KAPTEN Republik Czech Borek Dockal menamatkan kontraknya bersama pasukan Liga Super China, Henan Jianye dan kembali ke Sparta Prague, menurut jurucakap kelab berpangkalan di Czech itu.

“Sparta sudah melengkapkan perpindahan pemain tengah Borek Dockal, yang menandatangani kontrak untuk tempoh tiga setengah tahun,” kata pasukan gergasi Czech itu menerusi laman webnya.

“Kami memerlukan pemain berpengalaman dan pemimpin, di mana semua itu ada pada Borek (Dockal),” kata Pengarah Sukan Sparta dan bekas perancang tengah Arsenal Tomas Rosicky.

Dockal pemain berusia 30 tahun menarik balik kontrak perjanjian tiga tahun di China minggu lalu yang bernilai 8.5 juta euro (RM39.29 juta) yang ditandatangani pada Februari 2017.

Media Czech melaporkan kepulangan pemain itu ke Sparta bernilai lebih 1.5 juta euro (RM6.93 juta).

Pemain tengah yang pernah beraksi bersama Konyaspor di Turki, Rosenborg di Norway dan bersama Philadelphia Union di Amerika Syarikat, sudah menjaringkan enam gol dalam 39 perlawanan bersama skuad kebangsaan Czech.

Sparta, yang menduduki tempat ketiga dalam saingan liga Czech di bawah pendahulu liga dan musuh tradisi Slavia Prague dengan perbezaan 14 mata. Kelab itu menandatangani Dockal selepas pemain tonggak Nicolae Stanciu dari Romania meninggalkan kelab itu untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ahli pada Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 10:27 AM