PEMAIN tengah veteran Chelsea, Cesc Fabregas (kiri) memeluk Maurizio Sarri. FOTO Reuters
PEMAIN tengah veteran Chelsea, Cesc Fabregas (kiri) memeluk Maurizio Sarri. FOTO Reuters
AFP

LONDON: Maurizio Sarri menegaskan hari ini bahawa Chelsea mesti menggantikan Cesc Fabregas ketika pemain tengah veteran itu dijangka akan meningggalkan pasukan Liga Perdana itu bagi menyertai skuad kendalian Thierry Henry, Monaco.

Kontrak pemain berusia 31 tahun itu akan tamat peda penamat musim dan dia tampak mengucapkan selamat tinggal selepas kemenangan 2-0 pada Piala FA mengatasi Nottingham Forest awal pagi Ahad lalu apabila melambai tangan kepada penonton di Stamford Bridge.

Bos Blues itu berkata Fabregas diberikan “cuti” pada Ahad namun enggan mengesahkan atau menafikan laporan pemain tengah itu ke Perancis untuk bertemu Monaco.

Namun dia meminta Blues memberikannya pemain bagi menggantikan Fabregas sekiranya pemain itu menyertai bekas rakan sepasukan Arsenal, Henry di Ligue 1.

“Jika Cesc pergi, sudah tentu kami perlukan pengganti,” kata Sarri menjelang pertembungan separuh akhir Piala Liga awal pagi Rabu ini berdepan Tottenham di Wembley.

 “Kini, dengan pemain tengah yang ada, kami erdepan masalah. Tanpa Cesc kami hanya ada lima pemain, jadi kami berdepan masalah. Kami perlukan pengganti.”

Dengan Chelsea menawarkan kontrak setahun kepada pemain berusia lebih 30 tahun, Sarri menambah bahawa Fabregas, yang kurang mendapat peluang musim ini, sepatutnya menerima kontrak dua tahun daripada Monaco yang bagus untuk kariernya.

“Pada pandangan saya, dia perlu pergi,” kata Sarri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 11:33 PM