Solanke tinggalkan Liverpool sertai skuad Howe. FOTO AFP
Solanke tinggalkan Liverpool sertai skuad Howe. FOTO AFP
Agensi

LONDON: Bournemouth menandatangani penyerang England Dominic Solanke dari Lverpool dengan harga £19 juta (RM99.66 juta).

Solanke, 21, sepatutnya menyertai Crystal Palace secara pinjaman minggu ini tetapi gagal diteruskan akibat isu kecergasan.

Bournemouth pula membenarkan penyerang, Jermain Defoe menyertai kelab Liga Perdana Scotland, Rangers.

Difahamkan Solanke tidak boleh berpindah ke Cherries secara pinjaman di bawah peraturan Liga Perdana.

Bournemouth turut berjaya mendapatkan khidmat pertahanan kanan Reds, Nathaniel Clyne secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.

"Kelab ini boleh meningkat, ia kelab yang bagus untuk beraksi terutamanya pada peringkat umur seperti saya,” kata Solanke. Pengurus, Cherries Eddie Howe berkata, dia sangat gembira bekerja dengan Solanke.

"Dominic mempunyak teknikal yang baik, sangat atletik dan mempunyai profil fizikal yang mampu memberi perbezaan di bahagian serangan kami,” kata Howe.

Solanke bekas penyerang skuad belia England memiliki satu kap bersama skuad senior ketika menentang Brazil pada 2017. Dia menyertai Liverpool daripada Chelsea pada 2017 selepas kontraknya di Stamford Bridge tamat.

Dia gagal menyertai kesebelasan utama Liverpool sepanjang musim ini dan tidak beraksi dalam beberapa perlawanan terakhir akibat masalah otot.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 January 2019 @ 4:00 PM