JUN Lim (emas) dan Chan Yu Li (perak), dua pemenang pingat untuk Malaysia pada hari ketiga Temasya AUG di Naypyitaw, Myanmar.
JUN Lim (emas) dan Chan Yu Li (perak), dua pemenang pingat untuk Malaysia pada hari ketiga Temasya AUG di Naypyitaw, Myanmar.

NAY PYI TAW: Atlet wushu, Khaw Jun Lim menamatkan pemburuan pingat emas negara di Sukan Universiti Asean (AUG) 2018 selepas dua hari temasya berlangsung apabila memenangi acara campuran dao shu dan gan shu, hari ini.

Jun Lim yang juga pemenang 2 pingat emas di Kejohanan Wushu Universiti Dunia di Macau 2018 Ogos lalu mengumpul 9.62 mata (dao shu) dan 9.61 mata (gun shu).

Atlet dari Negeri Sembilan itu secara keseluruhan mengumpul 19.23 mata mengatasi atlet Thailand, Sujinda Yangrungramin yang mengumpul 18.50 mata.

 “Saya sangat teruja dengan kemenangan ini dan kejayaan ini tidak dijangkakan kerana saya tidak letak sebarang sasaran sebaliknya hanya mahu beraksi sebaik mungkin, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki” kata Jun Lim yang sedang menuntut di Universiti Malaya.

Begitupun, kejayaan sama tidak dapat diikuti atlet wushu wanita negara, Chan Lu Yi yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mengumpul 9.64 mata menerusi acara taijiquan.

Pingat emas acara berkenaan dimenangi atlet tuan rumah, Myat Noe Eain dengan mengumpul 9.60 mata manakala gangsa milik atlet Singapura, Era Tan Yan Ning. 

Myanmar menguasai acara wushu setakat ini dengan meraih 3 emas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 9:45 PM