Gambar kiri, Audrey Chan yang menang gangsa dan gambar tengah, Jurulatih Wushu Malaysia, Lim Yew Fai (tengah) bersama pemenang pingat emas Yeap Wai Kin (dua kiri), Wong Weng Son (kiri - perak), Phoon Eyin (dua kanan - perak) dan Khaw Jun Lim (kanan - gangsar) manakala gambar kanan, Ho Mun Hua (gangsa). - Foto ZULFADHLI ZULKIFLI
Gambar kiri, Audrey Chan yang menang gangsa dan gambar tengah, Jurulatih Wushu Malaysia, Lim Yew Fai (tengah) bersama pemenang pingat emas Yeap Wai Kin (dua kiri), Wong Weng Son (kiri - perak), Phoon Eyin (dua kanan - perak) dan Khaw Jun Lim (kanan - gangsar) manakala gambar kanan, Ho Mun Hua (gangsa). - Foto ZULFADHLI ZULKIFLI
Ferzalfie Fauzi


SKUAD wusyu negara sekadar menokok satu emas pada hari kedua hari ini, selain menambah dua perak dan tiga gangsa namun mereka masih lagi berada dalam landasan terbaik mencapai sasaran enam emas.

Menurut jurulatih wusyu negara Lim Yew Fai, atletnya masih berpeluang mengutip dua emas esok, seterusnya melengkapkan sasaran ditetapkan.

“Hari ini (semalam) saya gembira kerana mereka berjaya memberikan persembahan terbaik dan jika melakukan kesilapan pun ia tidak terlalu besar.

“Kami melakukan persiapan hampir enam bulan, setiap bulan kita akan melakukan ujian dan dari situ kita dapat lihat mereka sentiasa mengurangkan kesilapan dalam gelanggang,” katanya.

Jelasnya, apabila Sukan SEA bermula, semua anak buahnya sangat bersedia untuk memberi aksi sempurna termasuk Ho Mun Hua yang meraih gangsa dalam acara Nandao-Nangun hari ini.

“Sebagai contoh, Ho Mun Hua melakukan aksi lebih baik berbanding ketika latihan. Mereka sama seperti saya, tidak memikirkan berapa banyak pingat sudah kita menang tapi mahu melakukan yang terbaik dalam gelanggang.

“Esok kita masih ada peluang untuk tengok mereka meraih emas namun bergantung kepada aksi dan persembahan atlet negara lain,” katanya yang mengakui negara mengambil bahagian mempunyai kekuatan seimbang, termasuk kuasa besar Indonesia dan Vietnam

Malaysia membuka hari kedua acara wushu hari ini, dengan pingat pingat emas daripada Yeap Wai Kin menerusi acara Qiangshu lelaki yang mengumpul 9.68 mata, rakan senegara, Wong Wen Son meraih perak (9.65 mata) dan gangsa menjadi milik atlet Indonesia, Muhammad Daffa Golden Boy (9.63 mata).

Phoon Eyin terpaksa berpuas hati dengan pingat perak bagi acara Qiangshu wanita, Khaw Jun Lim gangsa (Daoshu-Gunshu lelaki), Audrey Chan juga gangsa (Taijijian wanita) dan satu lagi gangsa oleh Mun Hua (Nandao-Nangun lelaki).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2017 @ 7:04 PM