DARI kiri, Rooney, Kane dan Vardy diharap mampu ledak gol.
DARI kiri, Rooney, Kane dan Vardy diharap mampu ledak gol.
AFP

London: Pengurus England Roy Hodgson tetap mempertahankan taktik digunakan walaupun pasukannya sekadar menang tipis 1-0 ketika menentang Portugal yang bermain 10 pemain pada perlawanan persahabatan terakhir sebelum Euro 2016.

Hodgson menurunkan penyerang Wayne Rooney, Harry Kane dan Jamie Vardy sejak wisel permulaan tetapi walaupun Portugal kehilangan Bruno Alves akibat kad merah pada babak pertama, England terpaksa menunggu hingga minit ke-86 untuk menjaringkan gol menerusi Chris Smalling.

Rooney diharap dapat membantu Kane dan Vardy kerana dia diletakkan sebagai penyerang tengah sambil penggempur Leicester City dan Tottenham Hotspur itu berada di kiri dan kanan.

Tetapi Hodgson berkata: “Kami bermain dengan penyerang yang bermain secara terbuka. Apabila anda bermain dengan sistem itu, anda perlukan penyerang untuk tidak berkumpul.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2016 @ 5:57 AM