SEDUTAN video menunjukkan Camara meletakkan sesuatu di tiang gol lawan sebelum dia berjaya menjaringkan gol. - Agensi
SEDUTAN video menunjukkan Camara meletakkan sesuatu di tiang gol lawan sebelum dia berjaya menjaringkan gol. - Agensi
Agensi

Kigali, Rwanda: Satu perlawanan bola sepak di Rwanda mencetuskan kontroversi selepas seorang pemain dipercayai menggunakan ilmu hitam untuk menjaringkan gol.

Dalam satu perlawanan Liga Perdana Rwanda yang berlangsung baru-baru ini, seorang pemain menjaringkan gol tidak lama selepas dia meletakkan sesuatu di pintu gol lawan.

Pasukan Rayon Sports dilihat menguasai perlawanan dan mendahului lawan Mukura Victory dengan 1-0.

Rakaman video perlawanan itu yang tersebar di Internet menunjukkan penyerang Rayon Sports, Moussa Camara beberapa kali gagal menjaringkan gol termasuk sepakannya terkena palang.

Camara kemudian dilihat berlari ke arah gol lawan lalu menunduk dan meletakkan sesuatu di tiang gol.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Disember 2016 @ 7:44 AM