Marquez memecut pantas untuk duduki petak utama. FOTO AFP
Marquez memecut pantas untuk duduki petak utama. FOTO AFP
AFP

BURIRAM, Thailand: Pendahulu kelas MotoGP, Marc Marquez menyambar petak utama pada perlumbaan sulung Grand Prix Thailand, hari ini di depan pelumba legenda dari Itali, Valentino Rossi.

Juara dunia itu mencatat 1 minit 30.088 saat, 0.011 saat di depan Rossi yang melakukan 1:30.099s manakala Andrea Dovizioso melengkapkan kelompok tiga teratas.

Marquez ketika ini mendahului selesa 72 mata di depan Dovizioso sebelum perlumbaan esok dan dia dilihat semakin hampir untuk meraih gelaran dunia kelimanya.

Namun Jorge Lorenzo yang tiba dengan kecederaan kaki berdepan kemalangan apabila cedera pergelangan tangan ketika sesi latihan dan akan terlepas perlumbaan esok selepas menarik diri sebelum sesi kelayakan.

Perlumbaan MotoGP kali pertama dianjurkan di Thailand yang diadakan di pekan terpencil Buriram, beberapa jam perjalanan dari Bangkok dan mempunyai penduduk kira-kira 30,000.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Oktober 2018 @ 6:53 PM