(DARI kiri) PELUMBA Aprilla, Aleix Espargaro; Suzuki, Andrea Iannone; Dovizioso, Marquez; dan Rossi bersama pelumba Suzuki, Alex Rins bergambar bersama papan tada memperingati mangsa tsunami dan tempa bumi di Indonesia. FOTO AFP

AFP

PELUMBA terkenal MotoGP mengambil kesempatan untuk memperingati nasib mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Indonesia sebelum memulakan perlumbaan di Buriram, Thailand.

Juara dunia Marc Marquez, Andrea Dovizioso dan Valentino Rossi antara pelumba yang bergambar bersama papan tanda bertulis: “Indonesia di hati kami” di Buriram.

Acara spontan itu diadakan selepas lebih daripada 1,500 penduduk terkorban dalam gempa bumi berukuran 7.5 dan tsunami Jumaat lalu.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), bandar di kepulauan Sulawesi itu kini mula menerima bantuan antarabangsa dan hampir 200,000 penduduk berada dalam keadaan sangat memerlukan.

Asia Tenggara menyaksikan pertumbuhan pesat acara MotoGP dan sukan berkenaan turut memiliki pengikut besar di Indonesia yang juga antara negara paling padat penduduk di dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Oktober 2018 @ 5:37 PM