ERDOGAN dan Ozil ketika pertemuan di London. Foto REUTERS
ERDOGAN dan Ozil ketika pertemuan di London. Foto REUTERS
AFP

BINTANG Jerman, Mesut Ozil mengakui tidak menyesal dengan kontroversinya bergambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mencetus persoalan mengenai kesetiaannya terhadap skuad kebangsaan menjelang Piala Dunia.

Selepas berdiam diri tatkala tindakannya dianggap menjadi antara punca kegagalan skuad Jerman di Russia, pemain tengah Arsenal itu akhirnya membuka mulut di laman sosial Twitter, hari ini.

Ozil berkata, dia setia dengan asal usulnya di kedua-dua negara Turki dan Jerman dan menegaskan ia langsung tidak berniat politik.

“Seperti ramai orang lain, asal usul nenek moyang saya lebih dari satu negara. Walaupun saya membesar di Jerman, latar belakang keluarga saya adalah dari Turki,” katanya.

“Saya mempunyai dua hari, satu Jerman dan satu Turki.”

Ozil berkata dia menemui Erdogan buat kali pertama pada 2010 apabila Presiden dan Kaunselor Jerman, Angela Merkel menyaksikan perlawanan di antara Jerman dan Turki bersama-sama.

“Sejak itu, kami sudah beberapa kali bertemu di seluruh dunia. Saya sedar yang gambar kami mencetuskan tindak balas yang besar di media Jerman, dan sekali pun ramai orang menuduh saya menipu atau tidak bercakap benar, gambar yang kami ambil tidak mempunyai niat politik.”

Sekali pun dia bergambar dengan Erdogan sejurus selepas pemimpin itu memenangi pilihanraya, Ozil berkata ia tidak berkaitan dengan politik dan hanya menghormati pemimpin tertinggi negara keluarganya.

“Kerja saya adalah pemain bola sepak dan bukan ahli politik dan perjumpaan kami tidak ditentukan oleh sebarang dasar,” kata Ozil. 

Sebelum ini, bos pasukan Jerman, Oliver Bierhoff menegaskan pihaknya membuat kesilapan dan sepatutnya menggugurkan Ozil daripada tugasan Piala Dunia berikutan kontroversi berkenaan.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Julai 2018 @ 12:31 AM