Ozil kecewa selepas Jerman tewas 2-0 kepada Republik Korea pada Piala Dunia 2018. FOTO AFP
Ozil kecewa selepas Jerman tewas 2-0 kepada Republik Korea pada Piala Dunia 2018. FOTO AFP
Talksport/Bild

BAPA Mesut Ozil menggesa bintang Arsenal itu menamatkan karier bersama skuad antarabangsa Jerman.

Pemain tengah itu menjadi bahan kemarahan serta kritikan berterusan selepas juara dunia 2014 itu tersingkir secara mengejut di peringkat kumpulan pada Piala Dunia Russia.

Malah, dia turut menerima cemuhan daripada Persekutuan Bolasepak Jerman, termasuk rakan dari Manchester City, Ilkay Gundogan selepas bergambar bersama presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, ketika dua negara itu mengalami ketegangan diplomatik.

Ozil antara pemain utama memenangi Piala Dunia empat tahun lalu, menjaringkan 23 gol dalam 92 kap bersama Jerman.

Pada usia 29, dia masih mempunyai tempoh beberapa tahun lagi untuk berada di tahap tertinggi.

Bapa Ozil iaitu Mustafa jelas tidak gembira dengan cara layanan diterima anaknya itu, yakin dia perlu menamatkan karier antarabangsanya.

Dia memberitahu: “Jika saya di tempatnya, saya akan mengatakan: ‘Terima kasih tetapi itu sudah mencukupi’.

“Dia tidak menentu, kecewa dan rasa bersalah. Peminat sendiri mengejeknya sebelum Piala Dunia ketika perlawanan persahabatan di Austria dan dia tidak faham mengapa.

“Dia tidak perlu sentiasa mempertahankan dirinya. Dia beraksi bersama skuad kebangsaan selama 9 tahun dan menjadi juara dunia.

“Sebelum ini, mereka mengatakan jika kami menang, kami menang bersama tetapi jika tewas ia disebabkan oleh Ozil”.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 1:42 PM