OZIL (kiri) dan  Amine   (kanan) duduk di samping Erdogan sebelum berbuka puasa bersama di Istanbul. - FOTO AFP
OZIL (kiri) dan Amine (kanan) duduk di samping Erdogan sebelum berbuka puasa bersama di Istanbul. - FOTO AFP
AFP

BINTANG bola sepak Arsenal dan Jerman, Mesut Ozil berbuka puasa bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istanbul semalam yang dijangka bakal sekali lagi mengundang kontroversi dan kritikan.

Media Turki memaparkan Ozil dan tunangnya, Amine Gulse duduk bersebelahan Erdogan di istana era Uthmaniyah.

Dalam satu lagi foto, Ozil dan Amine duduk dalam bilik bersama Erdogan dan disertai Fahrettin Altun, pengarah komunikasi di istana presiden.

Ozil yang berdarah Turki menerima kritikan hebat pada Mac lalu selepas mempelawa Erdogan ke majlis perkahwinannya bersama bekas Miss Turki pada musim panas ini.

Dia menimbulkan kontroversi tahun lalu apabila bergambar bersama Erdogan pada Mei tahun lalu yang mencetuskan komen mempertikaikan kesetiaannya kepada Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 11:52 PM