R DHANARAJ
R DHANARAJ
Farah Azharie


TAEKWONDO Malaysia (WTF) masih menunggu ‘hitam putih’ daripada Kementerian Belia dan Sukan atau Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai alasan sebenar disebalik pengguguran sukan itu daripada senarai sukan teras, 12 Disember lalu.

Pengerusi Teknikalnya, R Dhanaraj menegaskan pihaknya tidak ada apa-apa kemelut dalaman sebaliknya bersikap terbuka.

“Kami tidak ada masalah dalaman dengan barisan Exco seperti yang dilaporkan media dan kami juga belum menerima ‘hitam putih’ daripada kerajaan berhubung pengguguran ini.

“Jika kamu menunjukkan peningkatan, jumlah pingat semakin meningkat, jadi kenapa perkara ini boleh berlaku. Sehingga sekarang, kami masih belum tahu kenapa kami digugurkan,” kata Dhanaraj.

Implikasi daripada apa yang dihadapi sekarang menyaksikan ketua jurulatih, Kim Hong Gon sudah pun kembali ke Korea Selatan selepas kontraknya berakhir hujung tahun lalu manakala pembantunya, Rusfredy Tokan Petrus meletak jawatan.

“Kami masih ada jurulatih dibawah program seperti poomsae tetapi Rusfredy sudah pun meletak jawatan. Jurulatih sokongan akan dinaikkan dan akan ikut pasukan ke luar negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 12:24 AM