FABREGAS (No.4) dilihat satu-satunya pemain tengah Chelsea yang cergas. FOTO/REUTERS
FABREGAS (No.4) dilihat satu-satunya pemain tengah Chelsea yang cergas. FOTO/REUTERS
AFP

LONDON: Chelsea yang dipalit krisis kecederaan bersedia untuk menghidupkan kembali kempen mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika bertemu Watford, malam esok.

Anak buah Antonio Conte itu gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir - tewas mengejut 2-1 di tangan Crystal Palace di laman sendiri minggu lalu sebelum seri 3-3 bertemu Roma pada aksi Liga Juara Juara, kelmarin.

Victor Moses, N’Golo Kante dan Danny Drinkwater semuanya diketepikan akibat kecederaan sementara David Luiz serta Tiemoue Bakayoko pula belum pasti dapat diturunkan untuk aksi liga itu.

Ini sekaligus meninggalkan Cesc Fabregas sebagai satu-satunya pemain tengah yang boleh beraksi dan pertahanan The Blues, Cesar Cesar Azpilicueta menyimpulkan bahawa ‘emosi’ skuad itu ketika ini sebagai tidak bagus.’

“Permainan berpihak kepada kami ketika kami mendahului 2-0 namun kami hampir tewas apabila ketinggalan 3-2,” kata pemain kelahiran Sepanyol itu.

“Ini bukanlah detik terbaik kami buat masa ini. Kami beraksi selepas dua kekalahan berturut-turut dalam aksi EPL.

“Untuk beraksi dengan suasana sebegitu dan meraih satu mata adalah satu kejayaan besar buat pasukan. Kami menunjukkan karakter untuk tidak berputus asa.

“Namun, realitinya adalah kami tidak menang dalam tiga perlawanan terakhir dan kami akan cuba mencetak kemenangan pada aksi Sabtu ini (esok).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Oktober 2017 @ 11:26 AM