DRINKWATER (kiri) ketika beraksi menentang Everton dalam saingan Piala Liga. -Foto Reuters
DRINKWATER (kiri) ketika beraksi menentang Everton dalam saingan Piala Liga. -Foto Reuters
AFP

LONDON: Danny Drinkwater boleh meneruskan penampilan sulungnya pada pertengahan minggu bersama Chelsea apabila skuad kendalian Antonio Conte berkunjung ke Bournemouth pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), esok.

Drinkwater melalui tempoh yang mengecewakan sejak menyertai kelab Stamford Bridge itu pada saat akhir perpindahan dengan nilai 35 juta pound (RM194.71 juta) dari Leicester.

Pemain antarabangsa England itu bergelut dengan masalah betis, namun akhirnya diberikan peluang tampil pertama kali bersama The Blues pada aksi Piala Liga pertengahan minggu ini ketika menang mengatasi Everton.

Pemain tengah itu bermain 62 minit sebelum dikeluarkan dan dia berharap mendapat tempat bersama pasukan juara itu di bangku simpanan berdepan skuad Cherries, dan pemain berusia 27 itu lega kerana dia akhirnya dapat memulakan kariernya di Chelsea.

“Saya tidak rasa ia akan menjadi lebih buruk sejak beberapa bulan lalu,” kata Drinkwater kepada Chelsea TV. “Saya cuba menjadi positif di sebalik keadaan itu. Betis saya sudah baik sekarang tetapi saya sangat kecewa. Penantian itu seakan membunuh saya.

“Sesuatu yang bagus untuk melihat pasukan dan ia membantu saya menyesuaikan diri dengan baik. Ia memberikan saya perasaan bagaimana mereka sebenarnya bermain. Tetapi lagi cepat saya bermain, ia lebih baik buat saya.”

Kembalinya Drinkwater ke tahap kecergasan terbaik menjadi tonik tambahan buat pengurus Chelsea, Conte yang terpaksa mengetepikan N’Golo Kante kerana kecederaan hamstring manakala Tiemoue Bakayoko juga bergelut dengan kecederaan.

Skuad Blues akan ke pesisiran pantai selatan selepas kejayaan hujung minggu lalu mengatasi Watford dengan bangkit daripada ketinggalan kepada skuad Hornets dan tampak sekali lagi tewas di laman sendiri.

Begitupun, Conte mampu menghela nafas lega dengan persembahan menakjubkan yang ditonjolkan dengan dua jaringan kemenangan oleh Michy Batshuayi.

Pemain Belgium itu memulakan permainan menentang Everton tetapi dijangka akan kembali ke bangku simpanan ketika berdepan skuad kendalian Eddie Howe – yang juga akan menjadi lawan Chelsea pada suku akhir Piala Liga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2017 @ 11:50 AM