HENDRICK (kiri) menjaringkan gol tunggal perlawanan. FOTO/AFP
HENDRICK (kiri) menjaringkan gol tunggal perlawanan. FOTO/AFP
AFP

LIVERPOOL, England: Pengurus Everton, Ronald Koeman berdepan rehat tugasan antarabangsa dalam keadaan tidak selesa selepas gol Jeff Hendrick pada minit ke-21 membantu pelawat Burnley menang 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, lewat malam tadi.

Kekalahan itu meletakkan kelab berbelanja besar Toffees, yang menang hanya dua kali dalam tujuh perlawanan liga setakat ini musim ini, dua mata di atas zon penyingkiran.

Kelab pengendali dari Belanda itu hadir pada perlawanan itu selepas kecewa seri 2-2 dalam Liga Europa dengan kelab Cyprus, Apollon Limassol Khamis lalu.

Keputusan itu merencatkan seketika kebangkitan mereka selepas Everton menang dua perlawanan berturut-turut menentang Sunderland dalam Piala Liga dan Bournemouth dalam Liga Perdana sesudah tewas empat perlawanan terus menerus.

ROONEY (kiri) berasakan dia patut menerima penalti. FOTO/AFP
ROONEY (kiri) berasakan dia patut menerima penalti. FOTO/AFP

Koeman berkata: “Saya tidak kecewa dengan apa yang saya lihat daripada pasukan ini, mereka menunjukkan hari ini bagaimana kami patut bermain.

“Jika anda bermain menentang pasukan yang asyik bertahan anda perlu berada di tahap terbaik. Kami tidak mempunyai kreativiti itu.”

Penyerang Everton, Wayne Rooney berasakan dia patut menerima sepakan penalti pada lewat perlawanan apabila tampanannya daripada hantaran lintang Gylfi Sigurdsson terkena lengan Matthew Lowton dan Koeman berkata: “Kadang-kadang anda mendapat bantuan pengadil.

“Saya tidak katakan ia penalti kerana bukan niatnya untuk menyentuh bola itu tapi dalam keadaan lain saya lihat penalti diberikan.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2017 @ 9:55 AM