Lukaku serta Jose di United. FOTO REUTERS
Lukaku serta Jose di United. FOTO REUTERS
Reuters

MANCHESTER United bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak 75 juta pound (RM418 juta) untuk menandatangani penyerang Romelu Lukaku daripada musuh Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton menurut laporan media Britain, hari ini.

Pemain berusia 24 tahun itu yang menyertai Everton secara tetap pada 2014, menyumbat 25 gol dan melakukan enam bantuan jaringan gol dalam 37 perlawanan liga musim lalu untuk muncul penjaring kedua terbanyak EPL.

Ketajamannya membantu Everton menamatkan saingan di tangga ketujuh liga.

Pemain antarabangsa Belgium itu menolak kontrak baru selama setahun di Everton pada Mac lalu dan sejak itu dikaitkan dengan bekas kelab Chelsea dan juara Jerman Bayern Munich.

Lukaku berkata menetapkan masa depannya pada Jun lalu dan kini bersedia untuk kembali beraksi bersama pengurus United Jose Mourinho yang pernah bekerjasama ketika berada di Chelsea.

Laporan media juga menyebut perjanjian Lukaku tidak ada sebarang kesan terhadap penyerang United Wayne Rooney yang berhijrah ke Everton.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2017 @ 6:36 PM