LUKAKU diketepikan daripada skuad Belgium. FOTO/AGENSI
LUKAKU diketepikan daripada skuad Belgium. FOTO/AGENSI
Reuters

LONDON: Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku diketepikan daripada skuad Belgium pada Liga Negara-Negara Eropah menentang Iceland, berikutan kecederaan hamstring, menurut Persatuan Bola Sepak Belgium, hari ini.

Pemain berusia 25 tahun itu menjadi pemain gantian ketika United tumbang 1-3 berdepan Manchester City, pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu.

Dia meledak gol menerusi penalti pada babak kedua, namun terlepas dua perlawanan awal menentang Bournemouth dan Juventus (Liga Juara-Juara) berikutan kecederaan yang sama.

Lukaku gagal menjaringkan sebarang gol buat United dalam 10 perlawanan, tetapi menjaringkan dua gol buat Belgium ketika menentang Switzerland pada Liga Negara-Negara Eropah, bulan lalu.

Skuad kebangsaan Belgium bimbingan Roberto Martinez akan menerima kunjungan Iceland di Stadium King Baudouin, awal pagi esok sebelum bertandang ke Switzerland pada Ahad ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 November 2018 @ 11:57 PM