ULISSES Morais. FOTO Facebook Johor Southern Tigers
ULISSES Morais. FOTO Facebook Johor Southern Tigers
myMetro

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) mendapatkan khidmat pengendali dari Portugal, Ulisses Morais bagi mengambil alih jawatan ketua jurulatih daripada Benjamin Mora yang kembali ke Johor DT II.

Dalam entri laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers lewat malam tadi, kehadiran jurulatih yang pernah melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Portugal seperti Famalicao, Aves, SC Beira-Mar dan Academica De Coimbra dialu-alukan.

Beliau akan memegang kedua-dua jawatan sebagai ketua jurulatih dan pengurus Johor DT.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2017 @ 10:03 AM