SOFT cookies boleh dijadikan hidangan minum petang.
SOFT cookies boleh dijadikan hidangan minum petang.
Hafiz Ithnin


Minum petang atau mengisi perut dengan sesuatu yang mudah dihasilkan dan tidak perlu mengambil masa lama pastinya menjadi pilihan ramai. Apatah lagi, jika ia mempunyai rasa yang sedap untuk dinikmati.

Bagi pelajar, Nur Alieya Hamzah, 20, dia memilih untuk membuat biskut yang dinamakan sebagai 'Soft Cookies' kerana teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam selain sangat sedap ditambah dengan coklat yang cair apabila dimakan.

SOFT cookies popular dalam penggemar biskut.
SOFT cookies popular dalam penggemar biskut.

Katanya, 'Soft Cookies' ini juga boleh dimakan bersama susu kerana dapat menghilangkan rasa manis biskut itu. Dia mendapat idea menghasilkan 'Soft Cookies' ini kerana pada masa kini ramai penjual menjualnya pada harga agak mahal.

"Sebenarnya untuk membuat 'Soft Cookies' ini tidak sukar dan ia boleh disimpan lama apabila sudah disiapkan. Jadi, saya mula mencari resipi dan membuatnya.

"Apabila saya melakukan proses pembuatannya, tidak begitu rumit dan hasilnya pula sama seperti dijual di pasaran. Jadi, apabila kita membuat sendiri lebih jimat dan lebih kena kepada selera peribadi," katanya.

Justeru, Nur Alieya kongsikan resipi membuat 'Soft Cookies'.

BAHAN-bahan ringkas membuat soft cookies.
BAHAN-bahan ringkas membuat soft cookies.

Senarai bahan:

1. Mentega asin

2. Gula perang

3. Gula

4. Telur

5. Esen vanila

6. Soda penaik

7. Tepung gandum

8. Cip coklat

9. Dark chocolate coin

Langkah masak:

1. Cairkan 110 gram (g) mentega asin sehingga kepe

rangan dalam kuali.

2. Masukkan 100g gula pula dan 110g gula perang dalam mentega yang sudah cair.

3. Masukkan sebiji telur dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

4. Tambahkan setengah sudu teh perasa vanila dan setengah sudu teh baking soda dalam adunan.

5. Masukkan 160g tepung gandum dan kacau sehingga rata.

6. Tambahkan 100g cip coklat dan 75g dark chocolate chunk.

7. Masukkan dalam ketuhar dan bakar selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celcius.

8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 6:16 AM