COKLAT Fudge dengan Churros.
COKLAT Fudge dengan Churros.
MARIGOLD

Nikmati detik-detik kelazatan dengan rangkaian susu tin MARIGOLD.

Coklat Fudge dengan Churros

Masa penyediaan: 15 minit

Masa memasak: 35 minit

Bahan-bahan untuk coklat fudge

• 1⁄2 tin Krimer Manis MARIGOLD

• 100g mentega tanpa garam (dilembutkan)

• 1⁄2 cawan coklat pahit manis

Bahan-bahan untuk churros

• 100g air

• 56g tepung serba guna

• 50g mentega tanpa garam

• 1 biji telur

• Garam secukup rasa

• Minyak masak (untuk menggoreng)

Bahan untuk salutan churros

• Gula Aising

Cara Penyediaan:

Churros

1. Masukkan mentega, air dan garam ke dalam periuk dan panaskan sehingga mentega cair.

2. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga menjadi doh.

3. Kemudian, masukkan telur dan gaul sehingga menjadi pes.

4. Panaskan minyak di dalam periuk untuk menggoreng.

5. Masukkan adunan ke dalam beg piping dengan hujung bintang dan tekan churros (lebih kurang 7") terus ke dalam minyak yang sedang panas.

6. Goreng churros lebih kurang selama 2 minit setiap belahan sehingga keemasan.

7. Selepas masak, taburkan gula aising ke atas churros.

Coklat Fudge

1. Campurkan mentega tanpa garam, coklat pahit manis, dan Krimer Manis MARIGOLD dalam mangkuk tahan panas di atas periuk berlapis.

2. Kacau rata sehingga ia cair dan sebati.

3. Sedia untuk dihidang bersama churros.

Tip Chef: Tekan churros ke atas dulang pembakar yang dialas kertas minyak dan sejuk bekukan agar bentuk lebih baik.

PRODUK

Nikmati detik-detik kelazatan dengan rangkaian susu tin MARIGOLD, ia amat sesuai untuk menyerlahkan keenakan apa jua masakan dan membuat minuman kegemaran anda rasa lebih berkrim, lebih memikat selera.

Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)

MARIGOLD Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)

Dibuat daripada bahan-bahan terpilih, Krimer Manis MARIGOLD memberikan khasiat kebaikan kepada minuman kegemaran anda. Nikmati sentuhan tambahan yang penuh dengan kekayaan, untuk rasa lebih lazat, lebih berkrim. Ia tanpa kolesterol, diperkaya dengan vitamin A, D dan B1. Dilengkapi dengan penutup yang mudah dibuka (500g). Tidak sesuai untuk bayi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2017 @ 10:13 AM