RIZAL bersama Brownies Coklat Melimpah.
RIZAL bersama Brownies Coklat Melimpah.
Hafiz Ithnin

BAGI penggemar makanan pencuci mulut pasti mengenali brownies iaitu ia sebenarnya adalah kek bantat yang diolah menjadi sebuah hidangan yang menyelerakan.

Apatah lagi, apabila digabungkan dengan aiskrim vanila atau limpahan coklat cair atasnya pasti menjadikan brownies menjadi lebih lazat untuk dihidangkan bersama.

Di kedai pencuci mulut, menu brownies juga antara yang sering ditawarkan kepada orang ramai.

Bagi Rizal Redzuan sendiri yang meminati hidangan pencuci mulut itu mencuba untuk membuat brownies yang idea asalnya dari sebuah kedai hidangan pencuci mulut terkenal dan nampaknya menjadi walaupun datang dari dapur bujang sahaja.

Rizal berkata, dia sememangnya meminati hidangan pencuci mulut itu tetapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia begitu 'malas' untuk keluar rumah demi mendapatkan makanan kegemarannya.

1. TEPUNG naik sendiri antara bahan diperlukan.
1. TEPUNG naik sendiri antara bahan diperlukan.

2. GULA aising.
2. GULA aising.

3. COKLAT hitam.
3. COKLAT hitam.

4. SEBUKU mentega.
4. SEBUKU mentega.

"Selain itu membuat brownies dengan limpahan coklat cair di atasnya untuk seisi keluarga lebih menjimatkan kerana jika di pasaran harganya jauh lebih mahal.

"Selepas mencuba resipi ini, nampaknya tidaklah terlalu sukar dan membuat sendiri memberi peluang juga kepada saya untuk mencuba sebuah resipi baharu persis jenama pencuci mulut berkenaan.

"Menariknya, sejak berjaya membuat brownies coklat melimpah ini, ada antara rakan-rakan turut membuat tempahan. Jadi, ia sekali gus menjadi pendapatan sampingan," katanya.

Dikongsikan resipi brownies coklat melimpah hasil idea Rizal kepada pembaca Wanita Metro (WM).

Mana tahu ia menjadi pendapatan sampingan anda juga selepas ini!

5. TELUR yang perlu dipukul.
5. TELUR yang perlu dipukul.

6. MENGGUNAKAN coklat tambahan untuk menyedapkan rasa.
6. MENGGUNAKAN coklat tambahan untuk menyedapkan rasa.

7. COKLAT putih.
7. COKLAT putih.

8. BROWNIES Coklat Melimpah yang menyelerakan.
8. BROWNIES Coklat Melimpah yang menyelerakan.

Resipi Brownies Coklat Melimpah:

1) Tepung Naik sendiri 200 gram

2) Gula aising sugar 200 gram

3) Telur 3 biji

4) Esen vanila

5) Garam 2 cubit

6) Coklat hitam (dark chocolate)

7) Mentega Buttercup separuh

8) Coklat Cadbury

9) Coklat putih (white chocolate)

Cara-cara:

1) Gaulkan bahan-bahan nombor 1 hingga 5.

2) Cairkan coklat hitam dan juga mentega (gaulkan sekali).

3) Masukkan coklat hitam dan juga mentega tadi ke dalam adunan yang pertama (gaul hingga sebati).

4) Masukkan ke dalam loyang dan ketuk tiga kali supaya adunan sekata di dalam loyang.

5) Bakar adunan pada suhu 150 darjah Celsius selama 40 minit.

6) Cairkan coklat Cadbury dan coklat putih.

7) Siramkan coklat Cadbury atas brownies yang sudah siap dibakar tadi (pastikan brownies tadi disejukkan selama 10 minit dahulu sebelum coklat Cadbury diletakkan di atasnya).

8) Coklat putih pula diletakkan di atas lapisan coklat Cadbury tadi.

9) Ambil lidi untuk membuat corak (ikut kreativiti masing-masing).

10) Siap untuk dimakan bersama yang tersayang!

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 6:48 AM