WAKIL Maggi menghargai kegigihan operator menyajian sajian MAGGI. FOTO Aziah Azmee
WAKIL Maggi menghargai kegigihan operator menyajian sajian MAGGI. FOTO Aziah Azmee
Nurul Husna Mahmud


MAGGI meraikan keenakan dan kreativiti sajian warisan yang dihasilkan dalam hidangan mi segera di rumah dan kedai makan menerusi kempen unik iaitu Maggi Sah Malaysia!

Kempen itu sudah masuk tahun ketiga bukan sahaja memperlihatkan hidangan mi segera sebagai sajian mudah malah dengan sentuhan dan kreativiti rakyat Malaysia yang mempelbagaikan penyediaan menjadikan resipi masing-masing memiliki kumpulan peminat yang ramai.

Buktinya menerusi majlis penutup kempen itu di Lanai@Matic Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini mengiktiraf 12 operator yang memiliki reputasi tersendiri dalam penyediaan hidangan mi segera sehingga hidangan mereka viral dalam kalangan peminat makanan tempatan.

Dalam kempen yang sama, 12 operator diberi penghormatan apabila berkongsi pengalaman mereka menerusi satu program travelog Sah Malaysia! Kembara DuniaKu Maggi, yang dihoskan Duta Maggi Sheila Rusly, Duta Maggi Cukup Rasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta Maggi Pedas Giler MK K-Clique.

Menurut seorang operator makanan dari Georgetown, Pulau Pinang, Yunus Khan Ahmad Shah yamg sudah berniaga sejak 24 tahun di restorannya, Maggi Goreng 'Jiao Sai' (Tahi Burung) antara sajian popular di restorannya.

Sebelum program travelog berkenaan, kebanyakan yang menikmati sajian adalah golongan berbangsa Cina dan hanyalah kenalan.

SENTUHAN  'air tangan' tempatan. FOTO Aziah Azmee
SENTUHAN 'air tangan' tempatan. FOTO Aziah Azmee

"Bagi penduduk setempat, mereka sudah tahu mengenai sajian Maggii Goreng 'Jiao Sai' iaitu nama jolokan Maggi Goreng Mamak yang terdapat dalam restoran.

"Kalau dulu pelanggan terdiri dari rakan berbangsa Cina, kini ramai pengunjung dari serata Malaysia datang untuk rasai air tangan saya.

"Memang saya akui sajian mi segera goreng dirasakan istimewa dengan ramuan telur dan daging ayam. Selain sajian Maggi goreng, Maggi sup atau berkuah antara mendapat permintaan pelanggan," katanya.

Beliau bersyukur dengan kesempatan diberi Maggi yang menghargai kerja kerasnya sebagai pengusaha kedai makan kecil berkongsi masakannya kepada rakyat Malaysia.

Bagi pemilik Nasimak Jesselton, Nor Afifi yang baru setahun memulakan perniagaan berkata inisiatif Maggi satu pendekatan murni apabila menghargai peniaga kecil sepertinya dalam menyediakan hidangan unik berasaskan mi segera.

"Alhamdulillah sajian Maggi ketam disajikan di kedai makan saya di Terminal Jeti Jeselton Kota Kinabalu, Sabah mendapat sambutan menggalakkan.

AKSI cef yang mengambil bahagian. FOTO Aziah Azmee
AKSI cef yang mengambil bahagian. FOTO Aziah Azmee

"Apabila Maggi sudi memilih saya sebagai salah satu operator yang tampil dalam SAH Malaysia! Kembara Duniaku Maggi juga satu pengiktirafan dan dorongan dalam menyediakan hidangan terbaik serta kreatif boleh dinikmati rakyat Malaysia.

"Kini dalam persiapan menyediakan resipi Maggi petai sebagai menu terbaharu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad Juan Aranols berkata, pihaknya teruja menjadi sebahagian daripada 'entiti' penting dalam masakan warisan atau resipi Maggi yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan.

"Maggi SAH Malaysia! yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan untuk menyerlahkan keunikan budaya makanan Malaysia iaitu meluangkan masa bersama-sama tanpa mengira latar belakang di kedai-kedai makan sambil menikmati hidangan Maggi kegemaran mereka.

"Kempen ini juga satu pengiktirafan kepada operator makanan yang bertungkus lumus dalam menyediakan sajian enak, selesa dan sihat untuk dinikmati.

"Kami juga menyatakan sokongan terhadap ramai pengusaha makanan mengalami kesan kejatuhan akibat penularan pandemik Covid-19 menerusi kempen sama.

"Semakin ramai rakyat Malaysia mula makan di luar dan bersosial selepas keadaan kembali normal. Kempen ini adalah untuk meraikan keunikan hasil ciptaan mi Maggi mereka yang viral!" katanya.

Dalam program yang sama, Maggi turut memberi penghargaan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai pengiktirafan sumbangan serta usaha kedua-dua persatuan dalam industri makanan dan minuman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Oktober 2022 @ 6:18 AM