Hajahfarhana Tarmudi


Saat paling indah adalah apabila dapat melihat seisi keluarga hidup bahagia, gembira dan sentiasa sihat. Justeru, untuk memastikan diri sendiri dan ahli keluarga bebas penyakit, amalan gaya hidup sihat sangat penting.

Di sini peranan ibu bapa sangat penting untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak terutama membabitkan makanan yang diambil dan aktif melakukan aktiviti fizikal.

Amal pemakanan sihat

Misalnya, pengambilan serat setiap hari yang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan. Garis Panduan Diet Malaysia dan piramid makanan mengesyorkan pengambilan serat antara 20 gram hingga 30 gram setiap hari.

Namun, golongan dewasa hanya mengambil 13 hingga 16 gram serat dalam diet harian mereka. Serat atau ‘dietary fiber’ diperkenalkan bagi memberi kesan manfaat fisiologi dalam kesihatan manusia dan ia membekalkan perlindungan bagi menentang pelbagai penyakit.

Ia memainkan peranan penting bagi membantu mengurangkan risiko pelbagai masalah gangguan kesihatan seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sembelit dan obesiti.

Sekurang-kurangnya, pilih separuh daripada produk bijiran daripada bijirin penuh seperti beras perang, biskut, roti dan mi gandum lengkap serta bijirin tulen.

Bagi meningkatkan pengambilan serat, ia tidaklah sesukar mana asalkan dapat melakukan beberapa langkah kecil. Antaranya cara menarik yang boleh dilakukan ialah:

1. Beralih kepada bijirin penuh. Sekurang-kurangnya ambil separuh daripada produk bijiran daripada bijirin penuh.

2. Pastikan bahan pertama dalam produk gandum mempunyai perkataan ‘penuh’ (whole) seperti bijirin penuh atau ‘gandum lengkap’ (whole wheat).

3. Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

4. Pilih menu ringkas yang menyihatkan dan mengandungi banyak serat contohnya untuk sarapan pagi, ambil bijirin penuh bersama kacang dan buah kering. Bagi makan tengah hari anda boleh menikmati mihun bijirin penuh, dada ayam dan sayur manakala untuk makan malam ambil nasi (daripada beras perang) bersama ayam panggang dan tumis kacang panjang. Kalau mahukan snek, anda boleh menikmati biskut kraker (rangup) bijirin penuh dengan mentega kacang.

Enak dan berkhasiat

Menyedari kepentingan pengambilan serat, Maggi® memperkenalkan Maggi® OatMee™ Mi Goreng Kari baru yang pertama di Malaysia. Ia menggabungkan oat bijian penuh dengan gandum untuk memberikan rasa mi goreng yang sarat dengan kebaikan serat.

Mi yang diperbuat daripada 51 peratus oat bijian penuh dan 49 peratus gandum berprotein tinggi daripada Australia itu disempurnakan dengan gabungan 12 rempah kari sebenar, menjadikannya enak dinikmati seisi keluarga.

Maggi® OatMee™ Mi Goreng Kari juga membekalkan 15 peratus jumlah serat yang disarankan untuk orang dewasa. Malah, pengguna hari ini juga semakin bijak mempelbagaikan hidangan mi Maggi® dengan tambahan sayur, ayam atau bahan lain bagi menjadikannya lebih berkhasiat dan enak dinikmati tanpa mengira masa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 11:57 AM