PENJAGAAN faraj juga antara perkara penting yang perlu diberi tumpuan oleh wanita.
PENJAGAAN faraj juga antara perkara penting yang perlu diberi tumpuan oleh wanita.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Selain kecantikan badan, aspek kesihatan dan penjagaan faraj juga antara perkara penting yang wanita perlu diberi tumpuan.

Faraj yang tidak dijaga terutama dalam perihal kebersihan dikatakan boleh mendatangkan masalah kesihatan selain berisiko menjejaskan kesuburan dan keinginan seks.

Jika kesihatan Miss V itu tidak diambil peduli, ia boleh menyebabkan tekanan dan menjejaskan keyakinan diri seseorang wanita.

Untuk menjaga kebersihannya, apa yang perlu ada cuci dengan berhati-hati tanpa perlu menggosok terlalu ke dalam.

Faraj antara bahagian badan yang paling sensitif untuk wanita dan ia mempunyai tahap pH seimbang bagi melakukan 'tugas' menjaga kebersihan Miss V anda dengan baik.

Oleh itu, basuh dengan air suam seperti yang disarankan dan elakkan dari menggunakan sabun pencuci yang tidak sesuai.

Elakkan juga dari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau daripada material seperti poliester kerana ia menghalang pengudaraan.

Jika tiada pengudaraan, ia boleh menyebabkan faraj dalam keadaan lembap, sekali gus berisiko untuk mendapat jangkitan jika dibiarkan berterusan.

Untuk mengelakkan kerengsaan atau jangkitan, dinasihatkan anda memakai seluar dalam yang longgar dan diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kapas.

Selain itu, bagi melindungi faraj daripada virus Human papillomavirus (HPV), jangan ketinggalan untuk mengambil suntikan vaksinasi kerana ia boleh merebak melalui hubungan seksual.

LINDUNGI faraj daripada virus HPV dan ambil suntikan vaksinasi kerana ia boleh merebak melalui hubungan seksual.
LINDUNGI faraj daripada virus HPV dan ambil suntikan vaksinasi kerana ia boleh merebak melalui hubungan seksual.

Dari segi pemakanan pula, ada beberapa panduan pemakanan untuk menjaga kesihatan faraj anda.

Antaranya, makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogurt, kimchi, kobis dan tempe.

Faraj mempunyai kandungan pH sekitar 4.5, ia membantu bakteria sihat dan mencegah kuman serta bakteria berbahaya daripada berkembang di bahagian sulit.

Beberapa bakteria baik seperti probiotik dapat membantu menyeimbangkan tahap keasidan pada bahagian itu.

YOGURT antara makanan yang kaya dengan kandungan probiotik.
YOGURT antara makanan yang kaya dengan kandungan probiotik.

Dalam pada itu, probiotik juga dipercayai dapat membantu menstabilkan pH faraj dengan mendorong pertumbuhan bakteria sihat.

Makanan yang kaya dengan proiotik termasuk daun bawang, bawang merah, asparagus, bawang putih, produk gandum dan pisang.

Bagaimanapun, probiotik juga dikatakan dapat memberi gangguan kepada sistem penghadaman seperti sembelit dan cirit-birit

.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Februari 2022 @ 10:02 AM