PASUKAN polis trafik menahan pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas sempena OP SELAMAT 9 menjelang Hari Raya Aidilfitri. FOTO Rosdan Wahid
PASUKAN polis trafik menahan pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas sempena OP SELAMAT 9 menjelang Hari Raya Aidilfitri. FOTO Rosdan Wahid
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Sebanyak 39 lokasi dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan di negeri ini melalui Op Selamat 9/2016 yang dilancarkan bermula 29 Jun hingga 13 Julai ini menjelang sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, bagi mengurangkan kadar kemalangan tahun ini, seramai 910 membabitkan 72 pegawai dan 838 anggota polis kontinjen Kedah akan bertugas di seluruh daerah untuk memberikan tumpuan di setiap lokasi ditetapkan.

Menurutnya, lokasi tumpuan itu diberi keutamaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

"Pengguna jalan raya di negeri ini diminta memandu secara berhemah terutama di kawasan kerap berlaku kemalangan.

"Kita juga akan bekerjasama dengan semua agensi seperti bomba dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 9/2016 di perkarangan UNITAR Jalan Langgar, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2016 @ 1:28 PM