RUSLAN (kiri) menunjukkan laporan Op Selamat 9/2016 di Bukit Aman. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
RUSLAN (kiri) menunjukkan laporan Op Selamat 9/2016 di Bukit Aman. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Jumlah kemalangan maut sepanjang Op Selamat 9/2016 yang bermula 28 Jun hingga 13 Julai lalu menunjukkan penurunan 10 peratus atau 21 kes berbanding Op Selamat 8 tahun lalu.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Kawalan Lalulintas dan Pengurusan Saman Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, sepanjang tempoh itu 299 mangsa kemalangan yang maut berbanding tahun lalu iaitu 330 mangsa.

Beliau berkata, dalam tempoh lima tahun sepanjang op selamat dijalankan ini kali pertama angka kematian akibat kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

"Polis percaya melalui kerjasama erat antara pelbagai agensi penguatkuasaan mnjadi faktor utama kemalangan maut dapat dikurang walaupun jumlah kenderaan bertambah setiap tahun.

"Sepanjang Op Selamat ini juga polis sudah mengeluarkan sebanyak 246,104 saman pelbagai kesalahan, 1,146 daripadanya adalah kesalahan menggunakan lorong kecemasan," katanya pada sidang media Op Selamat 9/2016 di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 3:51 PM