MOHAMED Salah (kiri) kelihatan agak kecewa selepas perlawanan. FOTO Reuters
MOHAMED Salah (kiri) kelihatan agak kecewa selepas perlawanan. FOTO Reuters
Reuters

London: Harapan Liverpool menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin pudar apabila tandukan lewat Michail Antonio membolehkan West Ham United berkongsi mata hasil keputusan seri 2-2.

Liverpool, yang terkial-kial selepas tewas 0-2 di Everton dalam perlawanan tetangga Merseyside, sekali lagi bolos terlebih dahulu apabila Jarrod Bowen menjaringkan gol sebelum separuh masa pertama berakhir.

Ia adalah gol ke-20 Bowen musim ini dalam perlawanan ke-200 bersama The Hammers.

The Reds menyamakan kedudukan tiga minit selepas bermula separuh masa kedua menerusi Andy Robertson sebelum gol sendiri penjaga gol, Alphonse Areola, meletakkan mereka di depan pada minit ke-65.

Bagaimanapun, Antonio memastikan tuan rumah tidak meraih sebarang mata apabila hantaran lintang Bowen dengan membolehkannya melakukan tandukan padu pada minit ke-77.

Liverpool kekal di tempat ketiga dengan 75 mata, satu mata di belakang Manchester City yang berada di tempat kedua dan bermain kurang dua perlawanan.

Mereka juga ketinggalan dua mata di belakang Arsenal yang mendahului liga dan mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan perbezaan gol yang jauh lebih ketara.

West Ham kekal di tempat kelapan dengan 49 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 10:31 PM