Antara yang diperiksa dalam operasi Op Selamat 9/2016 di Georgetown  awal pagi tadi.  FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Antara yang diperiksa dalam operasi Op Selamat 9/2016 di Georgetown awal pagi tadi. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Enam lelaki berusia 20 hingga 30-an ditahan selepas dikesan memandu kereta dalam keadaan mabuk dalam operasi Op Selamat 9/2016 di sini awal pagi tadi.

Operasi bermula 2 pagi hingga 5 pagi itu diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Jalan Persiaran Bayan Indah.

Komander Subtek Op Selamat 9/2016 Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, dalam pemeriksaan itu semua lelaki terbabit menjalani ujian pengesan alkohol.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu kandungan alkohol di dalam badan mereka melebihi had yang dibenarkan menyebabkan mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pihaknya turut mengeluarkan saman atas pelbagai kesalahan trafik ke atas pemandu kereta, penunggang motosikal, pemandu lori dan sebagainya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2016 @ 12:49 PM