SKUTER gaya kembara.
SKUTER gaya kembara.
Lizam Ridzuan


SELEPAS pengenalan model ADV150 pada 2021, Honda memperkenalkan skuter kembara ADV160 Serba Baharu 2023.

Ia bagi menggantikan model 150 dan didatangkan dengan ciri serta teknologi terbaharu sesuai buat mereka yang gemarkan gaya lasak.

Reka bentuk kekal dengan DNA model ADV gaya ranggi dan sesuai buat pelbagai laluan.

Lampu hadapan dengan LED, pelindung angin boleh laras dua peringkat, meter digital sepenuhnya baharu dan brek cakera dengan fungsi Sistem Brek Anti Kunci (ABS) hadapan.

Ia dilengkapi enjin 156.9cc, empat injap 'Enhanved Smart Power Plus' (eSP+) dengan kuasa 15.8 kuasa kuda (hp) dan tork 14.7Nm.

Enjin baharu ini menawarkan lebih kuasa, tork dan penggunaan bahan api lebih efisien dengan Sistem Berhenti Melahu (ISS).

METER digital sepenuhnya.
METER digital sepenuhnya.

Skuter ini juga datang dengan 'Honda Selectable Torque Control' (HSTC) untuk mengurangkan gelinciran pada tayar belakang yang kebanyakannya terdapat pada motosikal berkuasa lebih 250cc.

Ciri lain, ia lengkap dengan pengecas USB, sistem kunci pintar dan sistem penggera.

RUANG storan 30 liter.
RUANG storan 30 liter.

Ia juga memiliki ruang simpanan bawah tempat duduk dengan kapasiti 30 liter.

Honda ADV160 Serba Baharu 2023 ditawarkan menerusi dua varian iaitu Mat Charcoal Grey Metallic (kuning) dan Merah Vivacity.

Ia dijual pada harga asas RM12,999

.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2023 @ 6:06 AM