GAYA trak pikap lasak dan moden.
GAYA trak pikap lasak dan moden.
Lizam Ridzuan


TAMPIL gaya lasak dan moden. Ia ciri yang ada pada trak pikap Ford Ranger Serba Baharu yang diperkenalkan ke pasaran tempatan baru-baru ini.

Ia menawarkan varian terdiri daripada XL, XLT, XLT Plus dan WildTrak. Untuk Raptor, ia bakal ditawarkan pada hujung tahun ini.

Ciri utama Ford Ranger Serba Baharu ini ialah, ia datang dengan rekaan lebuh kukuh dan tegap serta berkongsi DNA rekaan trak Ford global.

Ia diserlahkan dengan gril dan lampu hadapan baharu dengan bentuk C dan untuk varian WildTrak, ia bercirikan LED Matrik dan lampu tinggi automatik.

Ciri sama juga terdapat pada varian XLT Plus.

Ruang kabinnya menawarkan gaya seakan-akan kenderaan utiliti sukan (SUV) premium dengan material permukaan lebih lembut dan sistem infotainmen skrin sesentuh bersaiz 10.1 inci atau 12 inci.

Untuk ruang kargo, ia 50 milimeter (mm) lebih lebar bagi memuatkan lebih barangan. Ia juga memiliki ciri kemudahan seperti tempat pemijak sisi, tempat pengikat kargo, permukaan plastik bagi melindungi calar serta penutup pintu lebih fleksibel yang boleh dijadikan sebagai meja kerja.

RUANG kargo.
RUANG kargo.

Enam mod pemanduan ditawarkan untuk WildTrak iaitu Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery (ketika di jalan raya), Mud/Ruts serta Sand
di laluan 'off-road'.

Bagi varian XL hingga XLT Plus, ia didatangkan dengan mod Normal, Eco, Tow/Haul dan Slippery.

Ia dikuasakan dengan enjin 2.0L Bi-Turbo Ford diesel dengan kuasa 210PS dan tork 500Nm.

Ia juga dilengkapi transmisi automatik 10 kelajuan Electronic Shift-On-The-Fly.

PAPAN pemuka ciri teknologi.
PAPAN pemuka ciri teknologi.

Selain itu ia juga ditawarkan dengan enjin 1,996 cc Single Turbo yang menjana 170PS pada 3,500rpm dan tork 405Nm dengan kotak gear enam kelajuan automatik atau manual (ESOF) (varian XLT AT dan XLT MT).

Ciri keselamatan terkininya ialah 'Evasive Steer Assist', ia yang pertama dalam segmen (Wildtrak) generasi baru.

Ia juga datang antaranya dengan Sistem Membrek Selepas Perlanggaran, Kawalan Pelayaran Adaptif serta Amaran Trafik Melintas Belakang.

Pilihan warna baharu pula membabitkan Oren Sedona dan Kuning Luxe untuk Wildtrak selain warna sedia ada iaitu Putih Arctic, Kelabu Meteor, Metalik Aluminium, Biru Lightning dan Hitam Absolute Black (bergantung kepada varian).

Untuk pasaran Malaysia, Ford Ranger Serba Baharu dijual pada harga bermula RM108,888 sehingga RM168,888.

KABIN ciri SUV premium.
KABIN ciri SUV premium.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2022 @ 7:00 AM