TAMPIL gaya ranggi.
TAMPIL gaya ranggi.
Lizam Ridzuan


FORD Ranger Raptor 2022 Serba Baharu yang menjadi penanda aras baharu untuk kenderaan lasak dilancarkan ke pasaran tempatan baru-baru ini.

Raptor generasi kedua ini yang diedar oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) dibangunkan menerusi DNA 'Ford Performance', ia bukan sekadar berprestasi di atas jalan raya, malah untuk laluan lasak.

Model ini dikuasakan enjin 3.0 liter turbo berkembar V6 petrol.

Ia mampu menjana kuasa 397PS pada 5,650 rpm dan tork 583Nm pada 3,500rpm.

Hadir dengan transmisi automatik 10-kelajuan, ia juga dilengkapi tujuh mod pemanduan iaitu Normal, Sport dan Slippery bagi pemanduan atas jalan biasa.

TRAK pikap prestasi.
TRAK pikap prestasi.

Bagi mod Rock, Sand, Mud/Ruts pula, ia untuk kegunaan laluan lasak selain mod Baja bagi permukaan lasak dan kelajuan.

Menambah elemen sporty, Raptor juga dilengkapi sistem ekzos aktif dengan empat pilihan mod Quiet, Normal, Sport dan Baja.

Tidak cukup dengan itu, ia juga didatangkan dengan casis lebih kukuh yang digabungkan dengan sistem suspensi talaan semua menerusi penyerap hentakan FOX 2.5 inci Live Valve.

Ruang kabin diserikan dengan warna Ebony serta perincian Code Orange.

RUANG kabin kemasan Code Orange.
RUANG kabin kemasan Code Orange.

KERUSI penumpang selesa.
KERUSI penumpang selesa.

Roda stereng dibaluti kulit. Sistem infotainmen 12 inci dengan Ford Sync 4A pula boleh dihubungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Sistem bunyi Bang & Olufsen lapan pembesar suara, empat slot pengecas USB, pengecas tanpa wayar dan kamera 360 darjah antara ciri premium model Raptor ini.

Ia juga didatangkan dengan ciri keselamatan seperti Bantuan Kekal Lorong, sistem maklumat titik buta (BLIS) dan tujuh beg keselamatan.

SUSPENSI Fox 2.5 inci.
SUSPENSI Fox 2.5 inci.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Oren Code baharu, Hitam Absolute, Putih Artic, Kelabu Conquer dan Biru Lightning.

Ford Ranger Raptor Serba Baharu ditawarkan pada harga RM259,888 (atas jalan tidak termasuk insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2022 @ 7:00 AM