Lizam Ridzuan

Sebagai model pertama Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV) untuk Ferrari, SF90 Staradale menawarkan kuasa dan tenaga menakjubkan.

Nama SF90 dipilih sempena ulang tahun ke-90 penubuhan Scuderia Ferrari dan Stradale yang membawa maksud 'jalan raya'.

Rekaannya juga diberi penarafan anugerah daripada 'Red Dot 200' dan 'iF Design 2020'.

Dijana enjin 3,990 cc V8 Turbo, ia menghamburkan 1,000 kuasa kuda (780 daripada enjin dan 220 motor elektrik) dan tujahan tork sehingga 800Nm.

MODEL Ferrari pertama dengan pacuan empat roda.
MODEL Ferrari pertama dengan pacuan empat roda.

Kelebihan model ini, ia didatangkan dengan tiga motor elektrik yang dua terletak pada gandar hadapan dan satu di antara enjin serta kotak gear.

Melalui bateri hibrid 7.9kWh itu juga, ia mampu bergerak sejauh 25 kilometer (km) manakala catatan penggunaan bahan api pula sekitar 6.1 liter untuk 100km.

SF90 Stradale juga model Ferrari yang pertama dengan Pacuan Empat Roda (4WD) dilengkapi transmisi dwi-klac lapan kelajuan F1 yang mampu mencecah kelajuan sehingga 340 kilometer/sejam (km/j) serta daripada sifar ke 100km/j dalam tempoh 2.5 saat.

REKAAN hadapan ciri aerodinamik.
REKAAN hadapan ciri aerodinamik.

Empat mod pemanduan ditawarkan iaitu 'eDrive', 'Hibrid', 'Performance' dan 'Qualify'.

Untuk rekaan luaran, sebagai model supercar prestasi, ia didatangkan dengan pelbagai elemen aerodinamik serta lebih rendah 20 milimeter (mm) seperti lampu hadapan dengan karakter 'C' dan pada bawahnya terdapat liang kemasukan udara.

TAMPIL sporty dan unik pada bahagian belakang.
TAMPIL sporty dan unik pada bahagian belakang.

Rekaan belakang bercirikan pembaharuan ketara dengan lampu bersegi bagi menggantikan bentuk bulat serta kedudukan ekzos berkembar dan spoiler unik.

Ruang dalaman pula bercirikan kokpit minimalis dua tempat duduk serta Papan Pemuka Mesin-Manusia (HMI) dilengkapi kluster instrumen skrin definisi tinggi 16 inci khusus buat pemandu.

PALING berkuasa untuk enjin V8.
PALING berkuasa untuk enjin V8.

Roda stereng klasik dilengkapi kawalan fungsi butang sesentuh untuk lampu hadapan, pengilap cermin, indikasi dan mod pemanduan.

Untuk pasaran Malaysia, Ferrari SF90 Stradale dijual pada harga bermula RM1,908,000 (sebelum cukai dan insurans) dengan tujuh tahun penyelenggaraan asas percuma.

KABIN dengan ciri termaju.
KABIN dengan ciri termaju.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2020 @ 6:45 AM